Thursday, 20 July 2017

Kuatkan sistem pertahanan tubuh dengan NUTRIFERON

Assalamualaikum. 


Jika anda para ibu bapa yang risau anak-anak mudah sangat jatuh sakit, setiap bulan mudah demam dan selesema, apa kata cuba ikhtiar dengan Nutriferon Shaklee. Nutriferon ni menggalakkan penghasilan INTERFERON semulajadi dalam tubuh. 


Interferon ini berfungsi untuk 'memberi alarm' kepada antibodi. 

'Hei ANTIBODI, ada virus, bakteria, kuman yang masuk dalam badan. JOM kita serang dan hapuskan dia!'


 Oleh itu, pertahanan badan akan meningkat dan akan terus melawan bendasing tersebut.


Nutriferon Shaklee sebagai immune booster.

Nutriferon ialah sebatian proprietari eksklusif ekstrak 4 tumbuhan iaitu:
1) Biji Labu
2) Bunga Safflower
3) Biji Plantago
4) Bunga Japanese Honeysuckle

SIAPA YANG MENCIPTA NUTRIFERON SHAKLEE
Dicipta oleh ahli sains yang menemui interferon, pakar imunologi terkemuka dunia iaitu Dr. Yasuhiko Kojima. Beliau telah menjalankan kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yg berlainan untuk mencari sebatian semulajadi.
Formula eksklusif berpaten ini dicipta untuk meningkatkan tahap interferon secara semulajadi dan memberi sokongan pertahanan dari peringkat sel.

Siapa yang digalakkan mengambil nutriferon?
✔ Mereka yang ada masalah antibodi yang lemah, mudah sakit, sakit yang lambat sembuh.
✔ Mereka yang mudah demam / selesema.
✔ anak yang mudah / kerap demam / selesema.
✔ mereka yang ingin kuatkan sistem pertahanan badan.
✔ ibu bapa yang ingin kuatkan sistem pertahanan tubuh anak.

Sekarang ni cuaca tak menentu, kejap hujan, kejap panas terik. Alhamdulillah. Perubahan cuaca sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang tidak kuat daya tahan badan terutamanya anak-anak kecil yang masih belum kuat sistem pertahanan badan mereka. 

Saya beri NUTRIFERON untuk kuatkan sistem pertahanan tubuh anak saya Hanis. Setiap kali saya rasa anak saya tunjukkan tanda nak demam atau selesema, cepat-cepat saya berikan Nutriferon. 

Setakat ini, Hanis tak mahu makan secara terus ke mulut. Jadi, saya masukkan Nutriferon ini ke dalam air masak. Air masak tersebut saya masukkan dalam botol air Hanis. Hanis akan minum air masak melalui botol air tersebut. Sebahagian air lagi saya campurkan semasa bancuh susu Hanis.  Alhamdulillah, dah banyak kali saya cuba dan saya sangat gembira kerana asbab pengambilan Nutriferon ini, saya dah lama tidak beri ubat demam kepada anak saya. 

1 kotak Nutriferon ada 30 pek. Sekotak yang saya beli tu pun tak habis lagi. Jimat.

Kita berikhtiar, Allah jua Maha Menyembuhkan. 

Anda nak cuba?

Jom dapatkan Nutriferon daripada saya.

Whatsapp Adila 0162193661
Saya pengguna tegar Shaklee
Saya pengedar Shaklee yang anda percayai


Penafian: * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 13 July 2017

Ikhtiar Hamil Dapat Bonus Kawal Resdung

Ikhtiar Hamil dapat bonus Kawal Resdung? 

Apabila diimbas kembali selama 35 tahun hidup di dunia ini, nikmat kesihatan merupakan salah satu nikmat yang paling berharga. 

31 tahun yang lepas, selesema, bersin-bersin, hidung berair, hidung tersumbat merupakan teman sejati saya. Setiap kali cuaca sejuk, mesti selesema. Bukan cuaca sejuk jer....cuaca panas berubah mendung atau hujan pun boleh kene selesama. Tisu dan TUALA memang wajib ada. Lagi besar tuala lagi baik huhu.

Bukan kata orang lain pelik, saya sendiri pun hairan kenapa keadaan saya begini...

Ada orang cakap saya kurus, takde lemak...tapi tak juga, saya bukanla kurus melidi....

Apabila dikaji kembali cara pemakanan dan gaya hidup, memang wajib jatuh kategori golongan yang kurang zat :( Masih bersyukur kerana tiada penyakit kronik lagi.

Zaman persekolahan dulu, bukanlah seperti sekarang. Tak banyak yang kita boleh demand sebab mak bapak bukan orang senang. Dapat makan, pakai dan pergi sekolah pun dah cukup bersyukur. Tak boleh nak memilih, makan apa yang ada...sekadar menyimpan angan-angan nak jadi kaya je la... Barang yang kita nak, boleh dibeli tanpa nak fikir-fikir cukup ke tak duit ni...Mase tu pun tiada pendedahan kebaikan pengambilan supplemen ni. Kalau ade sekalipun, mane mampu nak beli....

Bila dah meningkat dewasa, memang berusaha nak atasi selesema @ resdung ni... Macam2 dah makan dari ubat-ubatan sampailah yang kapsul berasaskan herba pun dah cuba. Mula-mula makan alhamdulillah ada perubahan. Tapi, perubahan positif tu tak berterusan.  Saya kembali selesema @ resdung semula.

Sampai satu hari, Akak saya tegur...
"La, ko tak cari ubat ke ubati resdung tu. Tak takut rompong ke hidung tu...dah bertahun dah ko selesema ni.." 

Demi Allah, hati mana yang tak takut bile kita hilang nikmat Allah yang satu ni :

*cukuplah bernafas pun terasa semput...bile bercakap tercungap2....

*cukuplah tak dapat hidu & nikmati bau yang enak-enak 

*cukuplah bila selesema...hidung berair...hidung tersumbat sukar bernafas 

*cukuplah bila tido...tido tak selesa, berdengkur...bangun pagi badan lesu...kepala berat...

*cukuplah bersin- bersin bagai nak runtuh rumah....
*cukuplah kepala berat, mata berair, tak bersemangat nak pegi kerja, tak dapat fokus semasa kerja, kerja tak efektif, bos pun tak happy dengan kita....

Dapat tak anda merasai perasaan itu?.... Pernah tak anda mengalami keadaan itu? memang amat menyeksakan kan...

Bayangkanlah selama 31 tahun hidup begitu... sampai dah lali pun ada. Tapi, saya tetap tak putus asa untuk ubati resdung ni..Terima kasih Encik Suami kerana sentiasa bersama-sama mencari penawar dan sentiasa menerima kekurangan diri ini... :'

Sehinggalah pada satu hari, akak ipar saya Ainul Shahrazad perkenalkan supplemen Shaklee.

Mase tu beliau cadangkan untuk supplemen untuk kesuburan; Vitalea,Sustained Release Vita C Plus, B Complex, Alfalfa dan Vitamin E. Encik Suami pun tak terlepas, makan Vitamin E dan Zink. Saya amalkan secara konsisten dengan minum air secukupnya, tetapi kadang-kadang tu, ade juga yang tertinggal..hehe..


Perubahan yang paling ketara ialah saya rasa lebih bertenaga, bangun pagi tak lagi rasa lesu dan yang paling menggembirakan hidung tak sumbat, hidung tak berair, bersin-bersin pada waktu pagi dah berkurangan.... Perasaan ni sangatlah happy yahuuuuu :) 

Makan vitamin untuk kesuburan, dapat bonus bantu rawat resdung!


Dengan izin Allah asbab pengambilan supplemen Shaklee secara konsisten dan bersiplin selama 7 bulan, saya dikurniakan zuriat. Ini TRIPLE WOW n sujud syukur kerana Allah beri peluang kepada saya dan suami mempunyai zuriat sendiri setelah lebih 4 tahun mencuba dan berikhtiar.

Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa kami. Terima kasih Kak Ngah kerana perkenalkan kami dengan supplemen Shaklee.

Jika anda punyai masalah yang sama, marilah share dengan saya dan biar saya bantu anda. 

Jika anda seorang try-to-conceive (TTC) dan nak cuba supplemen Shaklee sebagai ikhtiar, saya sedia membantu anda.

Adila 0162193661
Saya pengguna tegar Shaklee 
Saya pengedar sah Shaklee yang anda percayai


Kuatkan sistem pertahanan tubuh dengan NUTRIFERON

Assalamualaikum.  Jika anda para ibu bapa yang risau anak-anak mudah sangat jatuh sakit, setiap bulan mudah demam dan selesema , apa kat...